Cara Menaikkan Aura Kecantikan

tarikan aura kecantikan
Jangan Pentingkan Diri Sendiri Ya! Ayuh Berkongsi Dengan Rakan Lain ...Share on Google+Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on TumblrShare on LinkedInShare on StumbleUpon

Cara Menaikkan Aura Kecantikan

Entri kali ini membicarakan mengenai panduan, nasihat, teknik berkesan, bagaimana cara menaikkan aura kecantikan seseorang itu. Cara menaikkan aura kecantikan ini tidak hanya untuk wanita malah lelaki juga. Menaikkan aura kecantikan ini amat penting untuk seseorang supaya ianya nampak cantik dan berseri. Antara yang dihuraikan untuk cara meningkatkan dan menaikkan aura kecantikan diri seseorang.

Berikut dikongsikan mengenai panduan, nasihat, tips berguna, teknik berkesan, kaedah terbaik dan bagaimana cara menaikkan aura kecantikan seseorang wanita mahupun lelaki. Marilah kita ikutinya..

menaikkan aura kecantikan

Wajah Nampak Cantik, Berseri & Beraura

1. Duduk Secara Betul – Duduk dengan cara yang betul memberikan bentuk badan yang menarik dan menggambarkan bahawa anda berkeyakinan dan sentiasa bertenaga. Jika anda duduk terlalu lama pada posisi yang tidak betul pula akan menyebabkan sakit tulang belakang serta boleh membawa masalah pada paru-paru, jantung dan buah pinggang.

2. Jaga Kesihatan Gigi – Masalah gigi dan bau mulut seringkali menyebabkan seseorang rasa tidak selesa. Ia mencerminkan anda tidak ambil peduli mengenai penjagaan gigi. Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang terlekat pada gigi. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

3. Selalulah Ketawa – Jika anda selalu senyum dan ketawa, ia boleh meleraikan dan melegakan kekusutan serta membuatkan anda awet muda dan nampak berseri. Ketawa adalah penawar duka selain bertindak sebagai suatu bentuk senaman dalaman yang merangsang sistem saraf dan membantu pernafasan.

4. Jangan Malas Berjalan – Amalan bersenam, seperti berjalan, membantu meningkatkan kesihatan jantung, paru-paru dan peredaran darah. Ia menguatkan otot, tenaga dan melambatkan proses penuaan. Berjalanlah 30 minit sehari untuk 3 kali seminggu kerana ia membantu anda berasa cergas dan sihat serta mencantikkan kulit wajah.

Berikut tadi adalah perkara-perkara yang harus dititik beratkan oleh seseorang bagi menaikkan aura kecantikan diri. Perkara-perkara ini boleh membantu kepada penambahan kebaikan diri seseorang dan dilihat cantik dan berseri. Apabila seseorang yang mempunyai aura kecantikan yang tinggi akan mudah disenangi orang sekelilingnya.

Selamat mempraktikkannya untuk kelihatan cantik dan berseri..

 

Untuk wanita, bagi menaikkan aura kecantikan produk yang terbaik untuk mereka gunakan untuk menaikkan aura kecantikan diri ialah SERI CANTIK. Ianya merupakan produk all in one yang terbaik khas buat wanita.

 

Jom like facebook demibahagia

Jangan Pentingkan Diri Sendiri Ya! Ayuh Berkongsi Dengan Rakan Lain ...Share on Google+Email this to someoneShare on FacebookTweet about this on TwitterPin on PinterestShare on TumblrShare on LinkedInShare on StumbleUpon
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.